08 October 2010

~ A.V.A.T.A.R ~

Welcome to Pandora.... itulah nama planet yg didiami oleh puak Omaticaya iaitu kaum Na'vi, penduduk peribumi planet ini...Pandora actually is a moon of a planet of polyphemus. Ia tidak boleh didiami oleh manusia kerana atmospherenya yg berlainan melainkan mereka diwajibkan memakai full-face breathing mask kerana tanpanya manusia tidak akan sedarkan diri dan akan mati dalam masa 4 minit atau dlm erti kata lain human can't live in pandora's air..

James Cameroon mempunyai imaginasi yg tak tercapai dek akal kita.. Walaupun cerita ini sudah lama namun baru skrg aku berkesempatan menontonnya. Avatar adalah sejenis makhluk yg menyerupai kaum Na'vi dicipta oleh saintis2 yg diketuai oleh Dr. Grace Agaustine. Dr ni pun ada Avatar dia sendiri.. oleh kerana dia juga amat meminati botani lebih dari manusia sendiri, dia bersetuju utk melakukan penyelidikan mengenai botanical Pandora dan kaum Peribuminya. Dr. Agaustine bekerjasama dgn Tentera Marine yg diketuai oleh Kolonel Quaricth. Tujuan sebenar Kolonel and kuncu2nya menyuruh dr. Agaustine melakukan kajian tidak lain tidak bukan ialah kerana hasil buminya yg kaya dgn sejenis batu bernilai million of dollars iaitu 'Unobtanium'..batu ini terletak dibawah sejenis pokok gergasi iaitu Hometree yg menjadi tempat berlindungnya kaum2 Na'vi ini.

Seorang bekas tentera marine yg cacat kedua belah kakinya akibat kemalangan telah diamanahkan oleh kolonel Quaricth utk lakukan rundingan dgn puak Na'vi agar meninggalkan Hometree dimana terletaknya berjuta-juta batu Unobtanium ini. Bekas tentera marine yg cacat bernama Jake Sully ini adalah saudara kembar kpd Tom Sully iaitu seorang penyelidik yg dilatih selama 3 tahun oleh Kolonel Quaritch bagi misi Avatar ini tetapi telah mati atas sebab aku sendiri tidak pasti. Nasib baik dia ada kembar yg boleh meneruskan misi jahat kolonel ini. Jake bersetuju utk negotiate dgn kaum ini setelah kolonel berjanji akan mengembalikan semula kaki sebenar jake melalui pembedahan.

Dr. Grace Agaustine tidak menyenangi colonel and the geng kerana telah menghantar seorang tentera marine bg misi Avatar beliau. Mahu tidak mahu Dr. Agaustine terpaksa menerima Jake sully kerana factor genetik yg sama dgn Tom. Akhirnya Jake masuk kedunia Pandora melalui sejenis mesin yg akan memindahkan beliau ke Avatarnya sendiri. Didunia Pandora inilah dia menjadi lupa diri dan seronok kerana dapat merasai kaki sendiri. Mana tak seronok daripada tak dapat berjalan tup2 dapat berjalan & berlari.

Dihutan Pandora Jake bersama group Dr. Agaustine mengkaji setiap pokok2 pandora yg dipercayai mempunyai connection dgn puak Na'vi.. Disini Jake telah terpisah dgn group Dr. Agaustine akibat dikejar thinator ketika sedang leka memerhati sekeliling hutan pandora. Setelah berjaya menyelamatkan diri, dia bertemu pula dgn Neytiri iaitu anak perempuan kpd Mo'at, permaisuri kpd ketua puak Omaticaya. Neytiri telah menyelamatkan Jake dari menjadi mangsa binatang2 buas hutan pandora. Disinilah segala-galanya bermula..

Neytiri telah diamanahkan oleh ibunya supaya mengajar Jake tentang segalanya yg berkaitan dgn kaum Na'vi dan akhirnya Jake sendiri telah jatuh cinta dgn Neytiri dan cara kaum itu sendiri. Kolonel Quaritch yg mengetahui akan rundingan Jake bersama kaum itu gagal telah menghantar bala tenteranya bagi memusnahkan hometree tersebut. Puak Omaticaya dan Neytiri yg menggelar kaum manusia sbg sky people akhirnya telah membenci Jake kerana mereka mengetahui yg Jake ada kaitan dgn kolonel jahat tersebut. Peperangan bermula antara kaum Na'vi dan tentera Quaritch. Dr. Agaustine terbunuh termasuk semua kenalan rapat Jake. Jake yg akhirnya mengambil keputusan utk berunding semula bersama puak Na'vi yg terselamat dgn menunggang Toruk Motu iaitu sejenis burung yg menjadi simbolik & kebanggaan kpd kaum Na'vi. Jake diterima semula memasuki kaum itu dan mengajak semua kaum2 yg terdapat di planet pandora supaya melawan semula semua askar kolonel Quaritch dan merampas kembali tanah kaum Na'vi yg telah diceroboh oleh bala tentera quaricth.

Bermulalah aksi tembak menembak, bom mengebom dan panah memanah antara mereka. Ketika pergaduhan antara Jake and kolonel dimana Jake hampir mati, Neytiri sekali lg dtg menyelamat dgn memanah tepat kearah dada kolonel tersebut. Dgn dibantu oleh haiwan gergasi ganas & liar pandora akhirnya Jake and the geng berjaya mengalahkan bala tentera Quaritch. Diakhirnya Jake telah mengambil keputusan utk kekal berada didalam bdn baru setelah menjalani satu ceremony yg dibuat oleh puak Na'vi ini....Beradalah dia dibadan Avatarnya forever.............

AVATAR Trailer



p/s : Yg pastinya aku memang suka gile dgn filem ni....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...